Hari ini adalah hari yang sangat memenatkan. Hari ini saya dipaksa oleh bapa saya untuk pergi ke Sungei Wang bersama mereka bagi membantu adik saya membeli belah kerana bapa saya seorang pemalas. Saya ditugaskan untuk membawa adik saya dari kedai ke kedai dan beli beberapa helai baju kesukaannya manakala bapa saya hanya akan duduk makan dan minum di kedai sementara menunggu kami di sana. Adik lelaki saya kini berumur 14tahun. Dia telah pun memasuki fasa umur yang mula ingin menjaga penampilan seperti rakan-rakan sekolahnya yang terdiri daripada rempit, punk, shuffler, emo dan sedikit hip hop. Adik saya ingin memakai pakaian seperti 'rockstar'. Namun pendapat saya, pemilihan baju-bajunya adalah lebih kepada 'rempitstar'. Ini adalah kerana dia tidak tahu bagaimana untuk berpakaian dan memakai apa yang dirasakan 'stylo'. Mujurlah saya ada ketika itu, maka saya dapat memperbetulkan kesalahan pakaian adik saya. Saya memilihkan baju-baju kemeja yang kini menjadi gaya anak muda generasi baru. Kemeja-kemeja yang mempunyai lipatan dikedua belah lengan yang boleh dibutangkan tampak sesuai dengannya. Namun begitu saya tidak dapat memilih kasut yang bergaya untuknya kerana dia bertegas untuk membeli kasut Vans yang tidak ada tali, serupa macam kasut ballet cina. Tapi tak mengapa, mungkin itu gaya remaja sebaya dia agaknya. Ambillah apa-apa pun janji pakai.
Saya juga berkesempatan membeli belah untuk diri saya. Berbekalkan duit sejumlah hanya RM150, kecerdikan saya membajet duit membawa kepada hasil yang bernas! Saya berjaya membeli 2 dress, 3 top, 1 skirt dan 1 clincher dengan baki RM10! Saya berasa sangat puas hati setelah lama memendam perasaan ingin membeli pakaian baru. Bapa saya juga sempat membeli video digital walaupun dirumah sudah ada video digital yang baru dibeli tahun lepas. Alasannya begini, video digital lama menggunakan kad memori. Video digital baru ini pula menggunakan disk keras (hard disk). Saya tidak faham apakah yang ingin bapa saya lakukan dengan video digital itu sedangkan kedua-duanya setelah direkod akan pergi ke tempat yang sama. Tidak mengapalah, janji bahagia.
Saya sepatutnya mencari hadiah untuk ulangtahun nenek dan datuk saya. Seperti semalam, saya tidak mencari pun apa yang sepatutnya saya lakukan. Ibu saya juga telah pergi ke serata tempat untuk mencari hadiah, namun akhirnya membeli belah untuk diri sendiri. Kini saya dan ibu saya sedang panik kerana tidak tahu apa perlu dibeli dan duit semakin banyak dihabiskan kerana pergi ke banyak tempat dengan niat awal untuk membeli hadiah namun akhirnya membeli hadiah untuk diri kami.
Oh saya tidak tahu apa yang perlu saya pakai pada ulang tahun itu nanti. Saya sedang berfikir untuk memakai dress namun saya perlu berpakat dengan sepupu-sepupu sebaya saya jika ingin memakai dress. Ini adalah kerana jika maktok saya hendak marah, bukan seorang yang kena, semua kena. Oleh itu, ia tidaklah memalukan sangat. Ha ha ha. Ibu saya suruh saya pakai dress yang baru dibeli itu, namun saya dinasihatkan untuk memakai stokin hitam atau 'legging' kerana dress itu pendek. Saya masih memikirkannya.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
Britney Spears
No comments:
Post a Comment